THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 15, 2009

koposin...3


kampung Pompodon kinosusuon KU, kinogoyoon KU, om nogi kinoyonon KU.....
kampung dit alawa id tisan luyungon dilo bawang.....
tinimungon dilo sada.....sangkau-kaau....potilombus do koposion...
yaki om yodu nogi mogot logot mongimpa tundorongon dilo sada....
haro po daa sangsapak dilo botuan rapawon dong sodipon, kosulung dilo rambot....
iti no kinoyonon KU....


watu-watu...

..................Namun, aku tahu kemasukan di universiti mendorongku berusaha lebih gigih lagi kerana, tugasan bukan semakin mudah bahkan semakin sukar berbanding waktu di alam menengah dulu. Tetapi yang paling menyedihkan, kurasakan diri ini semakin malas bahkan aku sanggup tidak menyiapkan kerja yang diamanatkan oleh pensyarah kepadaku. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perasaan benciku terhadap matapelajaran yang berkaitan dengan nombor ditambahkan lagi bahasanya yang menggunakan bahasa inggeris. Aku seringkali sahaja melawan hati nuraniku yang cuba memberi peringatan kepadaku untuk belajar sehinggalah aku terbaca sebuah buku yang bertajuk “Pastinya Anda Boleh” ditulis oleh seorang penulis yang sudah dikenali bernama Jack Collis. Buku ini lebih focus kepada motivasi yang berkaitan dengan kuasa minda dan pengurusan masa. Aku terhenti sejenak apabila terbaca satu bahagian dalam buku ini yang membicarakan tentang bagaimana manusia berhadapan dengan ketakutan, kerana ramai di antara manusia yang gagal disebabkan ketakutan yang menguasai diri mereka sehinggakan mereka tidak mampu menanganinya dan membiarkan langkah mereka terhenti dan tidak boleh berganjak lagi. Buku ini mengatakan, jika saudara berhadapan dengan situasi ketakutan dalam diri, cuba saudara maju dan hadapi ketakutan itu dengan kepelbagaian cara yang boleh saudara pilih sehingga betul-betul saudara tidak mampu barulah saudara cuba mencari jalan lain untuk mengelak daripada ketakutan tersebut.

Pada mulanya aku tidak memahami apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut, namun aku bersyukur kerana ia tidak berkekalan dalam diriku. Selapas memikirkan dengan lebih mendalam barulah aku memahami maksud sebenar ayat tersebut dimana, penulis menyeru kepada pembaca supaya lebih berusaha dalam menangani ketakutan yang dihadapi kerana, jika seseorang itu sudah berusaha dengan lebih sungguh, keberangkalian untuk gagal itu sangat tipis maka, ketakutan yang membelengu itu dapat di atasi sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk mengelak daripada ketakutan tersebut. Buku ini banyak mengajarku tentang erti sebenar kehidupan. Aku masih ingat lagi tentang pembentangan akhir bagi matapelajaran komunikasi dan pengucapan professional yang menuntut aku untuk bercakap dalam bahasa inggeris di khlayak ramai. Bagiku perkara ini merupakan satu tugas yang sangat berat yang menimbulkan satu ketakutan dalam diriku. Masalah bercakap di khlayak ramai bukanlah masalah besar bagiku jika menggunakan bahasa melayu atau bahasa ibunda, kerana itu sudah satu kebiasaan sebagai seorang pelajar tetapi, kali ini aku terpaksa bercakap dalam bahasa inggeris. Mungkin sesetengah pelajar menganggap perkara ini mudah tetapi, bagiku tidak.....

ralan koposion by,go_deemond..
man pod pomusarahan kio....nt sambung balikkk..


0 comments: