
hidup penuh cabaran... membuat langkah KU mungkin terhenti... namun pepatah "MEREKA YANG GAGAL ADALAH MEREKA YANG JATUH DAN TIDAK BANGUN KEMBALI" membuat kakiKU terus melangkah mengejar cita-cita KU... AKU dilahirkan dari keluarga yang cukup sederhana.... keadaan hidup yang biasa-biasa... namun, itulah sebabnya semangatku tidak akan pudar untuk menggapai cita-citaKU.. AKU cuba untuk mengungkapkan perjalanan kehidupan seorang peribadi yang dan mungkin saudara juga pernah menjalaninya....
Perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa merupakan satu peredaran masa yang sangat singkat. Namun, masa yang sesingkat itu tidak dapatku gunakan dengan sebaiknya disebabkan, cobaan yang mendatang menyebabkan segala impianku mungkin terkandas. Aku merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan mengambil jurusan pemasaran antarabangsa. Pada mulanya aku merasakan betapa seronoknya bergelar mahasiswa dan menganggap diri ini tergolong dalam kumpulan mereka yang bergraduit dengan segulung ijazah yang bakal ku genggam. Tidak hairanlah ada di antara mereka yang mempunyai cita-cita untuk masuk ke universiti sanggup mengambil keputusan terjun dari atas jambatan, gantung diri dan sebagainya semata-mata kerana kegagalan mereka menggapai hasrat menjadi mahasiswa ataupun mahasiswi. Namun bagiku itu merupakan satu tindakan yang paling bodoh, kerana secara logiknya university tidak menjanjikan kejayaan hanya, merupakan salah satu jalan menuju kepada kejayaan.
Walaupun dengan gelaran mahasiswa dalam jurusan pemasaran antarabangsa, aku tidak pernah merasa bangga akan gelaran tersebut kerana bagiku, itu hanyalah satu gelaran secara luaran sahaja. Sejak mula aku melangkah di alam universiti dalam jurusan ini, aku merasa tidak senang kerana bidang yang paling aku gemari adalah dalam bidang psikologi kaunseling dan bidang seni. Aku lebih gemar mengarang lagu, menulis cerpen dan membaca buku yang berkaitan dengan motivasi berbanding pelajaran yang berkaitan dengan pemasaran. Disebabkan keadaan ini aku sering berfikir untuk menamatkan pengajianku tanpa segulung ijazah namun dengan adanya perasaan ingin cuba, aku berusaha meneruskan pengajianku walaupun kemungkinan besar tindakan ini memberi impak yang besar kepada masa depanku. Ditambahkan lagi dengan bahasa inggeris yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan aku merasa tanggungjawabku semakin bertambah. Berkelulusan bend 1 dalam matapelajaran Malaysan University English test(MUET) ini tidak mungkin dapat menggalas tanggungjawabku sebagai seorang mahasiswa yang berjaya. Anda mungkin dapat membayangkan keadaanku semasa sesi kuliah. Aku seringkali berfikir, adalah lebih baik tidur saja di asrama daripada datang ke kuliah yang menyebabkan aku “bengong” sendiri. Bayangkan keadaan, semasa pelajar sekelasku tertawa sedangkan aku masih mencoba memahami apakah yang dikatakan oleh pensyarah tersebut yang menyebabkan mereka tertawa.
Masalah bahasa inggeris ini juga, menyebabkan aku kurang bertegur sapa dengan teman- teman sekelasku. Walaupun aku merasa sangat kekurangan disebabkan masalah ini, aku tidak akan mempersalahkan sesiapa kerana masalah ini datangnya dari dalam diriku sendiri. Mungkin anda pernah mendengar pelajar ponteng kelas atau tidak masuk kelas semasa guru mengajar dan aku juga tergolong dalam kumpulan pelajar ini. Semasa umurku 9 tahun (darjah 3) aku mempunyai seorang guru bahasa inggeris yang sangat garang. Disebabkan sikapnya yang sangat garang, aku merasa takut untuk menghadiri kelas cikgu tersebut. Aku mengambil keputusan untuk ponteng kelas apabila sampai sahaja masa bahasa inggeris. Bagiku bahasa inggeris pada waktu itu tidak penting lagi, yang pentingnya menyelamatkan diri daripada terkena hayunan tangan guru tersebut. Mungkin kesilapan pelajar juga tidak menjawab dengan betul, menyebabkan guru tersebut menjadi marah tetapi agak mustahil juga kalau guru tersebut tidak dapat memikirkan status seorang pelajar. Aku tidak menyangka, perbuatanku yang selalu ponteng kelas bahasa inggeris telah menjadi raja dalam diriku. Nampak kesannya sangat mendalam sehingga tidak dapat dileraikan jauh dari diriku. Perbuatan ini masihku amalkan sehingga aku melangkah masuk ke alam menengah. Sejak aku masuk di tingkatan enam, aku tidak pernah masuk kelas muet, sedangkan guru muet itu sendiripun tidak mengenaliku sehinggalah tamat pengajianku di peringkat menengah. Itulah sebabnya aku tidak pernah lulus dalam matapelajaran bahasa inggeris apatalah lagi bertutur dalam bahasa asing tersebut kerana, sikap benciku terhadap bahasa inggeris sudah menjadi sebahagian dari hidupku sebagai seorang pelajar. Aku juga tidak menduga dengan kelulusan bahasa inggeris yang sangat teruk itu mampu membawaku menghampiri cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah. Mungkin saja kebolehan berkata-kata menyebabkan aku masih mampu berganjak maju menuju ke hadapan. Semua ini disebabkan oleh minatku yang mendalam dalam bidang penulisan.....
akan bersambung....




0 comments:
Post a Comment