Aku sendiri tidak menyangka yang AKU masih bergelar pelajar sekarang ini, kerana mengikut penilaianKU, AKU sudah tidak mampu meneruskan persekolahanKU lagi, ini disebabkan kemampuanKU sendiri yang sangat terhad khususnya dalam bidang computer ditambahkan lagi dengan latar belakang keluargaKUyang serba kekurangan namun AKU tahu ini semua berkat doa yang datang daripada TUHAN yang mengetahui apa kuperlukan bahkan yang merancang masa depanKU menuju kepada keberhasilan. Mungkin anda boleh membayangkan bagaimana teruknya pengetahuanKU terhadap satu benda yang dipanggil computer, sehinggakan permohonan untuk masuk ke institut pengajian tinggipun aku meminta pertolongan daripada kawanKU dengan alasan kampungku tidak mempunyai rangkaian telefon dan ini menyukarkan segala urusan yang berkaitan dengan permohonanKU. Tetapi yang sebetulnya, AKU tidak pandai menggunakan computer. AKU sangat berterima kasih kepada kawanku kerana memahami situasiku.
Sepanjang persekolahan, AKU sangat menakuti alatan ini kerana bagiKU, orang yang ketagih dengan benda ini akan menyebabkan satu hari itu, baginya merupakan satu minit lamanya, bahkan ada orang menjadi kurang siuman disebabkan computer. Namun semua ini disebabkan oleh satu nama yang dipanggil “game”. Semua ini baruku ketahui semasa bergelar mahasiswa, betapa ceteknya pengetahuanKU. Mungkin itulah sebabnya AKU tidak pernah maju dalam apa yang aku lakukan kerana sifat yang hanya pandai menerima pendapat orang lain tetapi tiada kecendrungan untuk mencari bukti yang kukuh....
ba, rehat2 dulu aah nanti kita sambung.....ruangan iklan




0 comments:
Post a Comment